≡ Menu

Bagaimana Madu Merawat Penyakit Diabetes ?

Madu Dan Penyakit Diabetes

“Adakah madu selamat dimakan oleh pesakit diabetes?”

Soalan-soalan ini merupakan antara soalan lazim yang selalu diutarakan oleh pelanggan kami. Di sini kami ingin memberikan serba sedikit penjelasan.

MADU merupakan makanan sunnah Nabi saw, berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini. Antara penyakit yang sering dideritai ialah penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis. Tidak dapat dinafikan kebanyakan kes berpunca daripada dari gaya hidup yang tidak sihat.

Ramai yang mencuba pelbagai produk kesihatan moden dan tradisional bagi mengatasi penyakit ini. Tidak kurang juga penggunaan madu di dalam diet para pesakit.

Sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut, para pembaca perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis penyakit Diabetes Mellitus iaitu:

1. Diabetes Mellitus – Jenis 1 Jenis 1 antara maksud tubuh pesakit tidak mampu menghasilkan insulin untuk menurunkan tahap glukosa seseorang pesakit.

2. Diabetes Mellitus – Jenis 2 Jenis 2 antara maksud tubuh pesakit masih mampu menghasilkan insulin tetapi pada kadar yang tidak konsisten.

Penggunaan madu mentah lagi asli secara tidak langsung dapat membantu mencegah dan memperbaiki mutu kesihatan pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2, selagi mana pesakit mengamalkan cara pemakanan yang betul. (Majoriti pesakit diabetes adalah Jenis 2).

Secara amnya penggunaan gula yang telah diproses (processed sugar) hendaklah dielakkan dan digantikan dengan penggunaan madu di dalam minuman dan makanan.

Secara saintifik dan klinikal, pemakanan madu yang betul secara konsisten di dalam beberapa minggu mampu memperbaiki tahap glukosa dan ‘Glycosylated Hemoglobin’ (HbA1c) seseorang.

Menurut laporan Omotayo O. Erejuwa dari Jabatan Farmakologi, Universiti Sains Malaysia :

“Kesimpulannya, penjelasan dan bukti dalam hal ini menunjukkan bahawa penggunaan madu dalam pengurusan kencing manis tidak memudaratkan tetapi bermanfaat, dengan syarat bahawa pengambilan madu tulen dan semulajadi pada dos terapeutik yang sesuai.”

Proses merawat penyakit ini memakan masa minimum selama 8 minggu dan bergantung kepada tahap kesesuaian dan penerimaan tubuh pesakit itu. Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda terlebih dahulu bagi mengenalpasti jenis Diabetes Mellitus anda sebelum mencuba. Pastikan anda mendapat bekalan madu yang benar-benar asli dan mentah agar kesihatan anda sekeluarga terjamin.

*Tips pembelian madu:

1)    Pastikan anda memeriksa Certificate of Analysis (COA) daripada penjual atau pembekal. Periksa kandungan madu tersebut secara terperinci. 2)    Pastikan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) madu tersebut di bawah 10mg/kg. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan madu tersebut berubah menjadi karamel akibat pemanasan yang tinggi.

Nota: Madu keluaran EMD Concepts iaitu dbTM Acacia Mangium mempunyai COA yang sah dan kandungan HMF terendah di pasaran.

Related posts:

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge