≡ Menu

Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah

Suami Mencari Nafkah kepada Keluarga Adalah Sedekah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

Dari Abu Mas’ud Al-Anshari RA maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah.” (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tanggungjawab seorang lelaki Muslim adalah menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak.

2. Wajib bagi seorang suami memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status: Sahih

3. Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah.­

Related posts:

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge