≡ Menu

Ramai manusia salah persepsi tentang Tuhan – Ustaz Asraff

Ramai orang  salah persepsi tentang Tuhan. Ini antaranya :
Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan yg dihormati,
Ramai manusia yg hidup merana kerana memiliki persepsi salah
terhadap Tuhan & kehidupan.

Ia fikir apabila rezekinya lebat, itu petanda Tuhan memuliakannya.
Ia juga mengira, ketika kehidupannya sempit & bermasalah, Tuhan
sedang menghinanya.

Maaf. Ini sifir kehidupan yang salah sebab agama kita mengajar bahawa,
kaya tidak semestinya mulia & miskin tidak semestinya hina.

– Firaun kaya tapi Tuhan tak pandang pun,
– Para Nabi & Rasul ramai yg miskin & hidup susah tapi merekalah
generasi paling mulia.

Disebabkan persepsi & pemikiran kita banyak yang ‘senget’, maka Tuhan
nak bantu luruskan melalui Al-Quran. Kitab mulia itu, kandungannya bukan
setakat mampu menghalau jin-setan & baca for the sake of pahala sahaja.
Kandungan penuh dengan HIKMAH. Ia ingin meluruskan bagaimana cara kita
memandang kehidupan.

Dan Al-Quran menyatakan, Kunci kemuliaan adalah sejauh mana kita menjalani
kehidupan dengan rasa SYUKUR. Sejauh mana kita ‘akrab’ dengan Tuhan.

Itulah neraca, tatacara jalani kehidupan yang penuh mulia.

Bahagia, Happiness yg kita cari bukan ada pada material. Ia ada dlm hati,
bagaimana kita menata hati dengan REDHA, SABAR & SYUKUR terhadap segala
yg Tuhan kurniakan.

Everything. Tidak kiralah baik atau buruk pada kacamata manusia.

Kerana, setiap yg datang dari Tuhan pasti tiada yg cacat, tiada yang buruk,
tiada yg hina. Segalanya bermanfaat. Segalanya mulia.

Hanya kita sahaja yg perlu memperbetulkan kacamata, cara memandang episod
kehidupan. Hanya kita sahaja yang perlu menajamkan rasa syukur & sabar.

Sekian, perkongsian sebahagian dari intipati ceramah saya di Bernama Radio
sebentar tadi. Jika anda nak dengar full version, layari link ini :

———————————-

http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=CcTYM&m=3WAObBCe.ioIgIF&b=7d6akA8MAFVSoAzrqMTgsA

———————————-

Jika anda nak belajar tajamkan kualiti bacaan Al-Quran sempena ramadhan
& sekaligus nak tahu butiran formula & mutiara hikmah Al-Quran yg lebih
banyak akan saya kongsikan, hadiri Seminar Tajwid Luarbiasa.

Seminar ini bukan setakat nak polish ilmu tajwid. Ia juga seminar yg
sarat dengan perkongsian hikmah, mau’izah & tadabbur Al-Quran.

Ia diadakan di 5 lokasi : Melaka (minggu depan), Johor Bharu,
Shah Alam & Bangi pada bulan Mei ini.

Utk daftar & pertanyaan, layari :

—-> www.tajwidluarbiasa.com
—-> www.tajwidluarbiasa.com

Atau hubungi staff kami : 012 4232 606

Maaf, tempat hampir penuh. Jika berlengah, dikhuatiri tempat full.

Ust Asraff Ayobb

Furqanworks Sdn Bhd
13M Tingkat 1, Jln Hentian 1B, Pusat Hentian Kajang Jln Reko
Kajang Selangor 43300
MALAYSIA

Related posts:

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge