1. Masih ramai yang tidak memahami konsep untuk melabur. Kenapa? Kerana mereka juga tidak faham konsep untuk bekerja. Ini kerana mereka bekerja untuk duit dan bukannya mencari jalan untuk menjadikan duit bekerja untuk mereka.
2. Sama juga dengan konsep untuk melabur. Kita harus fikir bagaimana melabur boleh bekerja dan terus menjana duit untuk kita.
3. Ramai yang mahukan hasil yang cepat tanpa mengetahui natijahnya. Mereka tidak sabar untuk melihat hasil dari pembelajaran mereka sehinggakan mereka mendedahkan diri mereka dengan pelbagai kesilapan. Ini akan memungkinkan mereka memilih instrument yang salah atau membeli hartanah yang tidak sepatutnya.
4. Kita terlalu fokus kepada pulangan yang besar yang sering kali akan memaksa kita untuk terus bekerja demi duit. Misal kata kita fokuskan kepada appreciation semata-mata. Percayalah, appreciation itu hanya bonus dan bukannya passive income. Sebab itu cuba tanya mereka yang fokus kepada appreciation, kenapakah mereka masih bekerja ditempat yang mereka sendiri tidak suka? Berapakah passive income mereka.
5. Mereka mungkin menjawab mereka mempunyai banyak simpanan namun persoalannya disini adakah simpanan itu tidak akan habis? Adakah dengan gaji atau pencen mereka mencukupi untuk top up balik simpanan tersebut setelah digunakan? Nyata mereka tidak faham apa itu passive income.
6. Ramai yang berjawatan tinggi dengan gaji yang besar, nampak mewah pada zahirnya tetapi amat miskin/daif pada hakikatnya. Anda mahu tergolong dalam golongan seperti ini? Jika tidak mahu, bermulalah sekarang untuk memahami bagaimana duit perlu dan sangat perlu bekerja untuk kita.
7. Demi menjaga status yang mereka miliki menjadikan mereka “terpaksa hidup sedemikian demi orang lain”. Kenapa takut untuk bersederhana? Kenapa pentingkan penilaian orang terhadap kita? Susah senang kita orang yang bagi ke? Bukankah setiap rezeki itu datangnya dari Allah dan Allah sentiasa mengajar kita untuk bersederhana.
8. Ramai yang mudah merasakan cukup. Sehinggakan tidak faham atau tidak lagi mahu mencari ilmu. Ramai yang tidak sedar ilmu yang dicari atau yang diperolehi sama ada dibayar atau percuma berkemungkinan besar ianya tidak diberkati.
9. Kita mudah katakan bahawa duit adalah segala-galanya pada hari ini. Duit bukan pengukuran ilmu tersebut. Jika duit adalah ukuran ilmu tersebut, adakah guru-guru sekolah, pensyarah -pensyarah diuniversiti atau mentor-mentor diluar sana mengajar semata-mata kerana duit? Tahukah kita keikhlasan yang ada dalam hati mereka yang tidak mampu untuk diluahkan?
10. Segala-galanya berpunca dari diri kita. Walau setinggi mana pun kita mampu bayar untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu tetapi kita sendiri tidak ikhlas untuk belajar, mana mungkin ilmu itu diberkati.