Konflik Perkauman Di Selatan Sudan

Sehingga kini lebih 500 orang telah terbunuh dalam pertempuran di Juba, ibu Negara Selatan Sudan, sehari selepas Presiden Salva Kiir mengumumkan bahawa pasukan keselamatan kerajaan tersebut telah melaksanakan percubaan rampasan kuasa yang terdiri daripada penyokong bekas timbalannya. Isu keganasan menjadi tumpuan dalam satu sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, yang dilaporkan bahawa setakat ini seramai 800

Balai Polis Mesir Musnah Akibat Letupan Bom

Satu letupan kuat telah menggegarkan ibu pejabat polis di bandar Mesir di Utara Kaherah dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 150 orang lagi cedera parah. Jurucakap kerajaan sementara telah menunding jari kepada Gerakan Ikhwanul Islam dengan tuduhan menjadi dalang kejadian tersebut dan sekaligus telah dilabel sebagai “organisasi pengganas.”

Rusuhan Anti-Muslim Di Afrika Tengah

Ribuan Muslim terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Republik Afrika Tengah ( CAR ) bagi menyelamatkan diri daripada serangan sekumpulan Kristian yang memberontak. Dalam kejadian tersebut, sebuah masjid yang terletak di ibu negara Bangui telah dibakar. “Mereka memecah masuk dan membakar rumah imam masjid serta memberontak dengan memusnahkan bangunan berkenaan,” Ujar Joanna Mariner dari Amnesty Antarabangsa

Kemajuan Industri Produk Halal Di Russia

MOSCOW – Industri halal di Rusia kini berkembang pesat dengan pelbagai inisiatif yang telah dijalankan melalui penghasilan produk seperti barangan , perkhidmatan dan pelaburan. Semakin ramai orang Muslim Rusia yang menyeru agar piawaian dan pensijilan dijalankan untuk produk halal di negara mereka . “Industri makanan halal kebelakangan ini berkembang dengan pesat di Rusia,” Madina Kalimullina,

Skandal Terbesar Dalam Sejarah Turki

ANKARA – Lima orang yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Turki telah disabitkan kesalahan dan dipecat, manakala puluhan orang termasuklah ahli keluarga para Menteri Kabinet telah ditahan dalam siasatan yang melibatkan individu berprofil tinggi disyaki terlibat dalam ke rasuah dan penipuan, sebagaimana dilaporkan pada Rabu semalam. Serbuan polis telah dilaksanakan ke atas individu terbabit dan

Amerika Syarikat Kerugian Besar Di Afghanistan

Zabul – Sekurang-kurangnya enam orang tentera Amerika Syarikat tewas dalam insiden helikopter pada petang selasa semalam. Pegawai keselamatan Afghanistan mendakwa bahawa serangan tersebut tidak ada kaitan dengan kumpulan Mujahidin. Namun, jurucakap bagi Imarah Islam Afghanistan telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Kenyataan mengenai perkara tersebut di sebarkan melalui akaun Twitter rasmi Imarah

Scroll to Top