Himpunan Jutaan Rakyat Seluruh Mesir
Seluruh penganalisis mengakui bahawa Ikhwan berjaya menggerakkan rakyat Mesir untuk demo yang cukup hebat yang pastinya memberi kesan kepada tindakan tentera. Semalam, jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi membanjiri seluruh cawangan Mesir demi menyatakan sokongan kepadanya serta menolak rampasan yang telah dilakukan oleh askar.
Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi
Pelajar Hadiahkan Kejayaan Beliau Kepada Dr. Muhammad Mursi 17 Julai (Rabu), keputusan Syahadah Thanawiyah ‘Ammah (atau setaraf sijil SPM di Malaysia) diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Mesir. Pelbagai reaksi para pelajar yang dilaporkan oleh media. Paling menarik perhatian ialah mereka yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik.
Turki Hanya Iktiraf Dr. Mursi Presiden Mesir Yang Sah
Sesudah Parti Sa’adat, parti Islam Turki mengadakan himpunan menolak rampasan kuasa yang dilakukan askar Mesir beberapa hari lalu yang dihadiri lebih 100,000 rakyat dengan kehadiran pemimpin gerakan Islam dunia, kini kerajaan Turki pula memberikan tekanan kepada kerajaan “perampas” Mesir. Ikhwanonline melaporkan kenyataan Menteri Luar Turki, Dawud Uhglu Isnin, 15 Julai seperti yang disiarkan oleh stesen
Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir
Semalam helikopter milik tentera telah menggugurkan risalah buat kali ketiga selepas rampasan kuasa kepada rakyat di dataran Raba’ah. Kandungan risalah tersebut antara lain meminta agar rakyat tidak menghalang lalulintas, menyeru kepada keganasan atau kemarahan yang boleh menggugat keamanan. Risalah yang mengandungi amaran yang digugurkan oleh helikopter tentera menjelang awal Subuh hari ini di dataran Raba’ah