≡ Menu


Rugi dalam Pelaburan ?

rugi saham, melabur saham

Motivasi Pelaburan – Rugi?

Rugi adalah asam garam dalam pelaburan saham. Sesiapa yang pernah berdagang di pasaran saham pasti akan pernah mengalami kerugian sama ada besar ataupun kecil.

Namun, perkara yang lebih penting adalah apa yang menyebabkan seseorang pedagang itu rugi?

– Adakah disebabkan kurang ilmu?

– Terpengaruh dengan rakan2 yang show-off profit yang diperolehi dalam beberapa minit dan nampak macam senang nak buat duit dengan saham dengan cara cepat AKA nak cepat kaya?

– Tersilap masuk pada tahap harga EP yang tidak sesuai dan tidak mahu rugi atau CL dengan membuat analisa hope sehingga kerugian menjadi lebih tinggi?

– Masuk lagi ke pasaran untuk balas dendam dengan pasaran atau nak cover losses dengan modal yang lebih besar berserta emosi yang tinggi dan akhirnya bertambah rugi?

– Nak bayar hutang dan komitmen bulanan yang tinggi sehingga masuk ke pasaran dengan harapan dapat lunaskan hutang dan dapat berjoli sakan dengan hasil keuntungan di pasaran saham?

Persoalan diatas mungkin adalah antara penyebab seseorang pedagang itu rugi di pasaran saham. Adakah tuan-tuan pernah mengalaminya?

Kesimpulannya adalah pasaran saham bukanlah tempat untuk perjudikan modal dan nasib kita. Pasaran saham adalah tempat untuk jual dan beli saham. Berjual belilah dengan berhemah, dengan emosi yang stabil serta perancangan yang teliti seperti saranan pakar-pakar pelaburan saham.

Semoga bermanfaat.

Rujukan: Successful Trader & Investor dan Pakar-Pakar Pelaburan Saham

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: