≡ Menu


Apa Nak Buat Selepas SPM

pelajar spm, selepas habis spm

Apa Nak Buat Selepas Spm

Apa yang akan anda buat selepas spm – persoalan yang berlegar-legar diminda calon spm memikirkan hala tuju selepas exam. Bagi meraka yang tidak terpilih untuk plkn – meraka akan mula memikirkan perancangan dan kegiatan yang ingin dilakukan setelah tamat belajar spm. Sebagai seorang remaja masa kini,jika anda tidak terpilih untuk plkn terdapat pelbagai kegiatan bermanfaat yang boleh dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Tips berikut akan membantu anda membuat penilaian terhadap persoalan”apa nak buat selepas spm”.

Asah penguasaan bahasa inggeris
Penguasaan bahasa inggeris tidak lagi dipandang remeh pada masa kini,ia sememangnya dilihat membantu individu meningkatkan kualiti diri dan memudahkan interaksi pada nasa hadapan kelak.

Libatkan diri dengan aktivti masyarakat
Penglibatan remaja khasnya didalam aktiviti masyarakat adalah perlu untuk membentuk jati diri dan sahsiah. Pergaulan diantara lapisan masyarakat akan membantu remaja menyiapkan diri didalam dunia baru kelak. Sesetengah remaja akan mengalami kejutan budaya apabila bertemu budaya yang tidak pernah dilihat atau dialami – ia boleh mengakibatkan kesan buruk didalam konteks sosial dan pergaulan.

Ambil kursus jangka pendek
Pada waktu yang terluang ini,masa beginilah sesuai bagi para remaja mengisi dan mencari kemahiran baru untuk meningkatkan produktiviti meraka yang tersendiri. Pilihlah kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi kita. Contohnya meraka yang meminati bidang masakan – boleh memohon di kolej komuniti,sebenarnya banyak lagi seperti -bahasa arab,inggeris,buat blog,dandanan rambut dan pelbagai lagi. Jangan pandang rendah terhadap kursus jangka pendek ini kerana ia telah membantu ramai penuntut pengajian tinggi membuat pendapatan sampingan dengan bantuan kursus ini.

Kurus Badan sebagai persediaan
Dulu,masa belajar anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan badan. Kini – anda mempunyai masa untuk kuruskan badan. Ramai orang kata kalau masuk universiti atau politeknik,orang obesiti paling teruk kena buli sebab banyak akitiviti dijalankan. Teknik kuruskan badan boleh diperolehi dengan mudah dinternet – cara baring,meniarap,duduk semuanya ada.

Kerja Part Time – Pilih yang bermanfaat
Ramai dikalangan calon peperiksaan spm memilih untuk bekerja selepas habis tamat belajar – katanya ingin mencari wang saku untuk pengajian tinggi kelak. Kebenaran memang benar sekali,tetapi pilihlah pekerjaan yang bukan hanya memberi anda wang tetapi ilmu yang berguna.

Adalah tidak dinafikan ramai penuntut pengajian tinggi melakukan kerja part time untuk menyara diri dan kos pengajian – tetapi tidak dinafikan juga masa meraka agak terhad lalu pelajaran meraka terjejas. Contohnya – kerja sebagai pembantu warung burger,jual makanan dan minuman di pasar malam,jual baju bundle dan sebagainya. Perniagaan jenis ini anda boleh lakukan sebagai pelajar dimasa lapang dan keuntungan tinggi dimana anda hanya perlu masa yang pendek sahaja.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: