Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi

Pelajar Hadiahkan Kejayaan Beliau Kepada Dr. Muhammad Mursi 17 Julai (Rabu), keputusan Syahadah Thanawiyah ‘Ammah (atau setaraf sijil SPM di Malaysia) diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Mesir. Pelbagai reaksi para pelajar yang dilaporkan oleh media. Paling menarik perhatian ialah mereka yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik. 

Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir

Semalam helikopter milik tentera telah menggugurkan risalah buat kali ketiga selepas rampasan kuasa kepada rakyat di dataran Raba’ah. Kandungan risalah tersebut antara lain meminta agar rakyat tidak menghalang lalulintas, menyeru kepada keganasan atau kemarahan yang boleh menggugat keamanan. Risalah yang mengandungi amaran yang digugurkan oleh helikopter tentera menjelang awal Subuh hari ini di dataran Raba’ah

Masjid Al-Azhar Dilarang Solat & Azan

Masjid Al-Azhar Dilarang & Ditutup Solat Zohor & Melaungkan Azan Pasukan keselamatan mengarahkan Masjid Al-Azhar ditutup dan dilarang untuk solat Zohor kelmarin setelah ribuan ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan muktamar di masjid berkenaan Zohor ini. Pihak keselamatan juga melarang azan Zohor dikumandangkan, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir sejak penjajahan Perancis di Mesir.

Dalang Sebenar Pembunuhan Rakyat Mesir

Berita Televisyen Mesir Yang Telah Kembali Ke Zaman Mubarak Kerana Menyiarkan Berita Berat Sebelah Selepas Berlaku Rampasan Kuasa : Laporan yang disiarkan kenyataan rasmi berkaitan pembunuhan beramai-ramai di hadapan Pejabat Pengawal Republik mendakwa, jam 4 pagi mereka dikejutkan dengan serangan ‘kumpulan pengganas’ yang cuba menceroboh pejabat tersebut dan tentera terpaksa bertindak mempertahankan diri.

Al-Azhar Menyelar Pembunuhan Rakyat Mesir

TERKINI : Isu Semasa Mesir Al-Azhar Menyelar Tindakan Pembunuhan Beramai-Ramai Rakyat Mesir Al-Azhar menuntut pihak berkuasa Mesir mengadakan siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi pagi ini yang dilaporkan telah meragut lebih dari 55 nyawa antaranya lima kanak-kanak di hadapan Hisr Al-Jumhuriy.

Scroll to Top