≡ Menu


Teknik Tangkap Pisau

teknik saham, saham turun, saham murah

Pengenalan Saham teknik tangkap pisau

Dalam dunia pelaburan saham, suasana pasaran yang tidak menentu sering kali mendorong para pedagang untuk menjual pegangan mereka demi mengawal risiko. Namun, terdapat juga kelompok pedagang yang melihat situasi ini sebagai peluang terbaik untuk membeli saham pada harga diskaun. Teknik apakah yang menjadi pilihan pedagang-pedagang ini? Salah satu daripadanya ialah teknik tangkap pisau, atau lebih dikenali sebagai “catching a falling knife”. Dalam artikel kali ini, kami di iSaham akan membincangkan tentang teknik ini serta risiko yang terlibat.

1. Memahami Teknik Tangkap Pisau

Secara ringkas, teknik tangkap pisau merujuk kepada strategi membeli saham selepas harganya jatuh dengan mendadak. Dalam menerapkan teknik ini, pedagang perlu mengidentifikasi lokasi kemungkinan pemulihan teknikal dan menjangka bila harga akan kembali meningkat. Disebut tangkap pisau kerana sifatnya yang berisiko tinggi, namun ganjarannya juga boleh menjadi amat menguntungkan jika berjaya. Sebagai contoh, pembelian saham Edaran ketika ia mencecah harga terendah RM1.51 pada 5 Ogos lalu kemudiannya melihat kenaikan hingga RM2.61, menunjukkan peningkatan lebih 70%.

2. Panduan Menggunakan Teknik Tangkap Pisau

 2.1 Pemilihan Kaunter Saham

Tidak semua kaunter sesuai untuk teknik ini. Kaunter yang dipilih mestilah mempunyai Analisis Fundamental (FA) atau Analisis Teknikal (TA) yang kukuh, dan kejatuhan harga tidak disebabkan oleh masalah dalaman syarikat seperti keuntungan negatif atau berita buruk tentang syarikat tersebut. Sebagai contoh, kaunter yang dalam aliran menurun (downtrend) mungkin tidak akan pulih atau memerlukan masa yang panjang untuk naik kembali. Lihatlah contoh kaunter Reneuco yang mana harga sahamnya jatuh lebih 80% dan kekal rendah.

2.2 Masa Membeli

Pembelian optimum biasanya berlaku semasa kejatuhan drastik pasaran, seperti yang dialami semasa kemerosotan global, termasuk di Bursa Malaysia. Ketika inilah banyak saham-saham yang diperdagangkan pada harga yang lebih rendah berbanding saham lain.

 2.3 Sokongan dan Rintangan

Untuk mengenal pasti kemungkinan pembalikan, pedagang perlu menentukan tahap sokongan harga kaunter. Tanda aras sokongan boleh dilihat apabila terdapat volume pembelian yang tinggi. Jika volume pembelian melebihi penjualan, ini menunjukkan kekuatan sokongan dan kemungkinan untuk reversal.

 2.4 Penggunaan Indikator

Pedagang sering menggabungkan beberapa indikator, dengan penggunaan yang umum adalah indikator indeks kekuatan relatif (RSI) pada waktu yang singkat, seperti 3. RSI membantu menentukan sama ada saham berada pada tahap terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought). Fokus pada zon oversold membantu mengenal pasti saham yang dihargai di bawah nilai sebenar.

 2.5 Rancangan Perdagangan

Sebelum memasuki mana-mana kaunter, terutama dengan teknik tangkap pisau, adalah penting untuk memiliki rancangan perdagangan yang komprehensif. Tetapkan had stop loss untuk mengurangkan kerugian sekiranya harga terus jatuh.

3. Perbincangan: Kesimpulan dan Pertimbangan teknik tangkap pisau

Sebagai kesimpulan, teknik tangkap pisau adalah strategi membeli saham apabila ia jatuh ke tahap oversold. Meskipun teknik ini sangat berisiko kerana kemungkinan harga terus menjunam, ia tetap berpotensi mendatangkan keuntungan dengan perancangan yang teliti. Kami tidak mengesyorkan teknik ini untuk pemula disebabkan risiko yang besar, namun bagi yang berpengalaman,sudah faham akaun market peluang keuntungan tetap ada dan berganda-ganda.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment